EDITORIAL
ANALISIS
UDARA
DARAT
LAUT
ENGLISH ARTICLES
ISU-ISU LEPAS
BERITA SEMASA
FORUM
AKTIVITI
WEB MAIL
 
  TEMPUR BERWAJAH BARU
Kami menjanjikan kepuasan bagi keluaran yang lebih informatif dan menarik.

 

INDO DEFENCE 2008

INDO AEROSPACE 2008

Defence Services Asia 2008

 

S I D A N G  P E N G A R A N G -
Ruangan ini adalah ruangan khas bagi ketua pengarang untuk memberikan sepatah dua kata kepada para pembaca pada setiap bulan mengenai isu-isu semasa. Ianya akan disiarkan di ruangan ini secara menyeluruh.

Keselamatan dan kedaulatan negara sememangnya adalah tanggungjawab yang dipikul oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Setelah lebih 50 tahun mengharung pelbagai cabaran dan dugaan, baik akibat dari ancaman dalam mahupun luar negara, ATM telah membuktikan bahawa ia adalah sebuah organisasi yang profesional dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya sejak ia berada dibawah naungan bendera Malaysia. Sejak kebelakangan ini negara telah dilanda satu keadaan yang mungkin belum lagi mencapai tahap krisis tetapi dilihat cukup membimbangkan dalam arena politik semasa. Dalam keghairahan mendapatkan sokongan atau undian dalam kempen pilihanraya mahupun untuk menguatkan kedudukan individu dan parti politik masing-masing, banyak pemimpin parti-parti politik negara dilihat seakan bermain-main dengan api sentimen etnik atau isu sensitif mengenai persefahaman budaya dan perjanjian sosial yang sangat merbahaya. Apa yang menjadi kerisauan ialah bagaimana jika keadaan ini boleh dieksploitasikan oleh golongan-golongan tertentu yang mungkin didalangi oleh kuasa atau aparatus luar yang mahu melihat keadaan dalam negara terus menjadi seakan tidak stabil dan penuh kecurigaan antara penduduknya yang pelbagai etnik. Dalam keghairahan parti politik dan anggota-anggotanya memancing sokongan, mereka harus sedar bahawa negara ini telah bertapak kukuh dari segi keamanan, kesejahteraan ekonomi, kekayaan dan kestabilan atas nama toleransi serta sifat saling faham memahami antara kaum dan etnik yang telah bersama-sama membangunkan negara ini. Hendaknya janganlah, tidak mengira parti politik manapun, terdapat kepemimpin mereka yang cuba menjadikan segala-gala yang dinikmati selama 51 tahun ini sebagai taruhan permainan politik semata-mata. Apa yang lebih merbahaya ialah sekiranya status ATM sebagai sebuah organisasi yang bebas serta telus dari politik mula longgar dan dipertikaikan akibat pengaruh dan sentimen parti atau kepimpinan politik. Pucuk kepimpinan ATM harus terus mendakap sumpah setia mereka sebagai pahlawan yang hanya mementingkan keselamatan rakyat dan negara terpelihara sepertimana yang tertakluk dibawah perlembagaan. Ia juga harus berpegang teguh kepada sumpah taat setia yang tidak berbelah bagi kepada yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang juga merupakan pegawai tertinggi ATM. Ini adalah hakikat negara ini dan kesemua rakyar harus sedar bahawa dibawah perlembagaan negara, ketuanan baginda sebagai kepimpinan tertinggi negara serta ATM tidak harus dipertikai mahupun dipersoalkan. Bak kata pepatah Melayu, ‘Dimana kaki berpijak, disitu langit dijunjung’.    

Pengarah Urusan
Muhammad Fuad Mat Noor
Editor Khas
-
Watawan Pertahanan
Amat H.A
Pertahanan Maritim
M.Alfan Mustafa
Perekabentuk
Faizul Ahmad Zuki
Pengaturcaraan Web
Zuridan Muhammad
Fotografi
Unit Fotografi TEMPUR
Pentadbiran
Abu Bakar
Azmi Mohd Azis
Pengiklanan
Muhammad Fuad Mat Noor
Wakil Pengiklanan untuk Rusia
Yuri Laskin

 


 
© Hakcipta Terpelihara 2008 RIAS SUASANA SDN BHD